Friday, August 10, 2012

Amalan Mulia di Bulan Mulia




Sembilan belas hari dari bulan Ramadan sudah pun berlalu. Sudahkah kita maksimalkan untuk memanfaatkan bulan yang lebih mulia dari sebelas bulan lainnya? Sungguh sangat merugi bagi yang menyia-nyiakan bulan Ramadan.
Dalam sebuah riwayat, Allah Ta'ala menciptakan waktu-waktu istimewa dalam skala waktu yang tertentu. Dalam satu hari, ada waktu yang diistimewakan oleh Allah iaitu sepertiga malam yang terakhir.

Dari Abu Hurairah, Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda yang bermaksud:-
"Rabb kita tabaroka wa ta'ala turun setiap malam ke langit dunia hingga tersisa sepertiga malam terakhir, lalu Dia berkata: 'Siapa yang berdoa pada-Ku, aku akan memperkenankan doanya. Siapa yang meminta pada-Ku, pasti akan Kuberi. Dan siapa yang meminta ampun pada-Ku, pasti akan Ku ampuni'."

(Riwayat Bukhari no. 6321 dan Muslim no. 758)
Dalam satu minggu ada waktu yang diistimewakan Allah Ta'ala, iaitu hari Jumaat. Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahwa Rasulullah SAW bersabada:-
"Sebaik-baik hari yang matahari terbit padanya adalah hari Jum'at; pada hari ini Adam as diciptakan, pada hari ini (Adam Alaihissalam) dimasukkan ke dalam syurga, dan pada hari ini pula ia dikeluarkan dari syurga. Dan tidaklah kiamat akan terjadi kecuali pada hari ini."
(Riwayat Muslim, no. 854)

Dalam satu bulan pun ada beberapa hari yang diistimewakan Allah Ta'ala, iaitu tiga hari (15, 16, 17) setiap bulannya. Didalamnya kita disunnahkan untuk berpuasa. Dari Abdullah bin 'Amr, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
"Puasalah tiga hari dari setiap bulan. Sesungguhnya amal kebajikan itu ganjarannya sepuluh kali lipat, seolah ia seperti berpuasa sepanjang masa."
(Riwayat Bukhari, Muslim, Abu Dawud, dan an Nasai)

Terakhir adalah kelipatan setiap tahun. Dalam satu tahun ada satu bulan yang dimuliakan Allah Ta'ala. Didalamnya diturunkan Al-Quran untuk pertama kalinya. Di dalamnya pintu Syurga dibuka dan pintu Neraka ditutup. Didalamnya segala amal ibadah akan dilipatgandakan. Di dalamya jika kita panjatkan, maka akan diijabah. Tiada lain bulan tersebut adalah bulan Ramadan. Ya bulan yang kini kita sedang rasakan.
Sungguh beruntung bagi kita yang diberikan kesempatan untuk beribadah di dalam bulan Ramadan. Dalam sebuah riwayat, bahwa salah satu pintu surga ada yang bernama Ar-Rayan. Dalam hadist lain Rasulullah SAW bersabda:
"Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan karena iman dan mengharapkan pahala Allah maka diampuni dosanya yang terdahulu."
(Riwayat Bukhari)

Dan pintu tersebut dikhususkan untuk orang- orang yang berpuasa. Selain itu, sesuai dengan akhir firman Allah la'allakum tattaquun. Sehingga hasil akhir dari puasa adalah meraih gelar taqwa. Semoga.
Ramadan seakan menjadi sarana yang paling isitmewa untuk menjadikan diri kita termasuk dari orang-orang yang bertaqwa. Bagaimana tidak? Hari demi harinya, jam demi jamnya, minit demi minitnya, detik demi detiknya menjadi waktu yang sangat istimewa dan sangat merugi kija kita lewatkan. Begitupun dengan Nabi dan para sahabatnya. Mereka tidak pernah melakukan di bulan Ramadan, kecuali amalan ibadah kepada Allah Ta'ala.
Kecintaan mereka terbukti dari kesedihan mereka ketika akan berpisah dengan bulan Ramadan. Seakan mereka ingin setiap bulan itu adalah bulan Ramadan. Selain itu terbukti dari do'a yang mereka amalkan 'Allahumma baarik lanaa Rajaaba wa Sya'baana wa ballighnaa Ramadhan.' Makna dari doa tersebut tiada lain adalah rasa harap akan jumpa dengan bulan Ramadan.


 Di antara amalan Rasulullah pada bulan Ramadan sebagai berikut:-

1. Solat Tarawih
Tidak jauh berbeda dengan solat malam yang kita laksanakan di luar bulan Ramadhan. Perbezaannya mungkin hanya dalam pengamalannya, iaitu berjama'ah. Rasulullah SAW bersabda:-
"Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan (shalat tarawih) atas dasar iman dan kesucian, diampuni segala dosanya yang terdahulu"
(Riwayat Bukhari)
Selain solat sunat tarawih berjama'ah, juga biasanya dilasanakan setelah shalat Isya berjama'ah.

2. Membaca Al-Quran dan terjemahannya
Allah berfirman yang bermaksud:-
"Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang hak dan yang bathil)."
(Surah Al-Baqarah ayat 185)

Maka sayugianya kita memanfaatkan waktu kita di bulan Ramadan dengan membaca Al-Quran. Dalam sebuah hadist bahawa pahala setiap huruf Al-Quran yang kita baca adalah sepuluh.
Apalagi di bulan Ramadan yang penuh berkah, tentunya akan dilipat gandakan beberapa lipat. Selain itu jiwa dan hati mereka yang mengamalkan akan selalu dalam keadaan tenang. Rasulullah SAW bersabda:-
"Orang-orang yang berkumpul dalam masjid dan mereka membaca Al-Quran dan mempelajarinya bersama-sama, maka kepada mereka aan diturukan ketenengan jiwa, dilimpahkan rahmat, dikelilingi malaikat dab nereja disebut-sebut Allah di antara orang sekitarnya.."
(Riwayat Bukhari)

3. I'tikaf di Masjid
Sebuah kegiatan yang dilaksanakan di dalam masjid. Kegiatan ini diisi dengan beberapa amalan ibadah lainnya, seperti tilawah Al-Quran, dzikir, mendirikan shalat sunnah dan lain sebagainya. Dalam sebuah riwayat, Rasulullah SAW selalu melaksanakan I'tikaf. Apalagi di sepuluh hari terakhir bulan Ramadan.
Hal tersebut terlihat dari sebuah hadist yang diriwayatkan dari 'Aisyah ra. bahwa Rasulullah SAW ketika menyisir, beliau hanya mengeluarkan kepalanya saja agar bisa disisirkan oleh isterinya. Sedangkan badannya masih ada di dalam masjid agar tetap dalam keadaan I'tikaf.

4. Shadaqah
Shadaqah juga merupakan salah satu amalan mulia yang sangat-sangat digalakkan oleh Islam. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:-
"Shadaqah yang paling utama (afdhal)adalah shadaqah di bulan Ramadan."
(HR Tirmizi)

Dalam hadist tersebut sudah jelas makna dan apa yang harus kita lakukan. Jika seperti itu, pasti di balik amalan ibadah tersebut ada pahala yang berlipat-lipat. Jadi tidak aneh lagi jika di bulan Ramadan ini, dengan mudah kita dapati orang-orang baik yang mengeluarkan hartanya untuk sedekah.
Mungkin tak usah jauh kita ke Indonesia. Di sekitar kita, khususnya di masjid-masjid, baik besar atau pun kecil akan menyediakan ma'idatu Rohman (Hidangan kasih sayang). Di jalan-jalan pun demikian. Tidak sedikit orang-orang Mesir, ketika mendekati waktu maghrib mereka bersiap di sisi jalan untuk memberikan makanan atau minuman kepada mereka yang berada dalam perjalanan (kenderaan). Serta tidak jarang, di antara kita (masisir) ada yang mendapatkan daging firah setiap hari untuk buka puasa.
Hal tersebut tiada lain, sebuah rasa sadar terhadap keberkahan Ramadan. Mereka benar-benar tak ingin tertinggalkan keberkahan bulan tersebut. Kerana mereka tahu, tidak ada jaminan untuk tahun depan kembali lagi bertemu dengan bulan suci Ramadan.
Semoga dengan mengamalkan amalan-amalan ibadah di atas dan amalan yang lainnya, kita termasuk orang-orang yang mendapatkan tujuan puasa tersebut. La'allakum tattaquun, iaitu predikat bertaqwa. Allah berfirman yang maksudnya:
"Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah yang paling taqwa di antara kamu"
(Surah Al-Hujurat ayat 13)

Ketika kita bertaqwa, kita pun akan menjadi orang yang paling mulia di hadapan Allah Ta'ala. Kita lihat seseorang yang dimuliakan oleh orang tuanya. Mereka diberi sebelum meminta, kebutuhannya selalu terpenuhi, hari-harinya tak lepas dari kasih sayang, selalu dilindungi. Itu mulia di hadapan manusia, apalagi di hadapan Allah Ta'ala?

- Artikel iluvislam.com

HelaiaN DauN ke 4:THe New ChaPter BegiN ^__^

Bismillah N Salam Ramadhan ^__^


uhuk99x ....berabuk abes dah blog nie heheeXP
da lame x open coz cbuk hal lelain je 
tetibe nak bkak blek coz ade org sembang2 ngan "somewan" psal blog2 nie


Sepanjang x bkak blog banyak2 bende dah jd kat diri nie
ade yg baek ade yg bruk ...
tu perkare biase le kan lumrah dunie 
Setiap berlaku ade hikamhnye 
jadikan pengajaran setiap mase ...

ececeh dah bermadah plak 
XP

Ckrg dah berjaye sambung study kat main campus uia ...dah nak abes 1 year pun
Alhamdulillah ^___^ ...syukur sngat3x!!!
blaja kat sini sangat mencabar jgak le 
sbb level die international 
tp x kan mengalah ...akan usaha terbaek tuk capai cite2!!!!

dlam idup2 kat uia nie ...x bes le study je ...kan2!!!O__0
jd ade join 1 club nie ...Sendi name die ..tu pun sbb ade member2 yg ajak ...
x de niat nawaitu pun ...hohoho
mule2 ingat amende le sendi ni ...cam name kelab kesihatan tulang ke ape ke
tp dah lame join ...baru pham2 ...bes la ...wa kate same lu 
SendI tu sebenarNye sinGkatan pade Kelab Semaian Budi ...cdap name nye 
nie kelab mentoring tuk bdak2 skolah rendah ...
bes3x...alang ske maen ngan bdak2 nie ...otak pun dah same level ngan diorang ..
heheeXp

klau nak tau g search le kat fb ...type je sendi club mesty jupenye la 
cari3x...jgan x cari..

NaK Tau taK!!!!!

sepanjang join sendi ....upe-upenye ...ade yg stalker2 kat alang ....heheeXp
tp alang dah stalker die dulu sbenarnye ...tp x nak wat ape2 coz  ..
riso kene reject ke ...tp kuase Allah ...org tu brani je ketuk2 pintu hati alang...
yg sblum nie ...x de sape pun berani ketuk ....lalu lalang je ..T__T
sbb tu la ...alang epy sngat n buka pintu haty tuk knal ngan org nie...
n....n...N...

Alhamdulillah ....alang ngan org tu dah sepakat ...kiteorg ske same ske ...^___^
n janji  tuk jage diri sebaek mungkin hingge kami HALAL ...
sebgai teman idup duniewi n ukhrawi 
InsyaAllah

tu je yg nak cter2 ckrng 
t klu rajin ...alang cter g ...da segan sebenarnye ...hihiii
jupe lagy ....sayonara minna^__^

p/s : org tu kite panggil die cik Sy je ...name sebenar di rahsie kan ..hak milik alang company ...hohhoooxp







Friday, September 23, 2011

Hikmah Berzikir



Terngiang-ngiang bayangan Masjid Pondok Pasir Tumboh, masjid yang menjadi tempat solatku sejak umur lima tahun lagi, kali ini nak cerita pengalamanku ketika belum berlepas ke Mesir.
Selepas solat Subuh di masjid tersebut, masjid tersebut mengadakan majlis berzikir sehingga jam 8.00 pagi.
Sememangnya pada permulaannya kita akan rasa malas untuk berzikir, tetapi ketika aku berada di rumah dalam tempoh masa yang agak lama kerana sedang menunggu keputusan SPM cuba juga kuatkan diri ini menyertai majlis zikir ini.

Beberapa minggu selepas itu, aku terasa ada kelainannya sejak aku join majlis berzikir tersebut.
Antaranya ialah, kebiasaanya selepas solat Subuh aku akan terus tidur walaupun sukar untuk melelapkan mata.

Tetapi sejak aku turut serta dalam majlis zikir tersebut, aku sudah tidak lagi tidur selepas subuh. Aku akan cuba berzikir dan mengingati Allah.

Aku pelik juga kenapa dan bagaimana aku boleh mendapat kekuatan sebegitu, sehinggalah aku mendapat maklumat tentang kelebihan berzikir daripada sudut sains ini.

Otak sebenarnya ialah satu himpunan aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi secara sempurna.

Ketika otak berfungsi, berlaku perubahan kimia di dalamnya yang melibatkan pergerakan ion-ion atau atom-atom yang membawa cas. Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain.

Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas. Ukuran isyarat otak yang terhasil daripada aktiviti elektrik yang dikenali sebagai elektro-ensefalogram (EEG).

Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimah-kalimah Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif.

Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik.
Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan.
Otakku ketika itu mula memahami perkara baru, dan mula melihat daripada perspektif berbeza. Aku juga menjadi semakin kreatif dan kritis, sedangkan sebelum mengamalkan zikir otak tidak sebegini.
Otak yang segar dan cerdas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.

Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. Kajian dilakukan di University of Washington dengan menggunakan ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar.
Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan.
Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.

Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang kali, aktiviti saraf otak merebak ke kawasan-kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain.
Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama.

Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.
Jika ia mengaitkan tentang kecerdasan otak, maka betullah sabda Rasulullah S.W.T yang bermaksud: "Orang yang berzikir kepada Allah ditengah-tengah orang yang lalai ibarat sebuah pepohonan yang hijau di tengah-tengah pepohonan yang kering."

Oleh itu , saudara-saudaraku seislam, ketika saintis barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini sudah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya.
Jadi tunggu apa lagi, jom zikir!

-Artikel Iluvislam.com

Generasi Muda




Seorang pensyarah yang juga pendakwah bebas telah membuat satu kajian di universiti tempat beliau berkhidmat tentang masalah-masalah yang para pelajar sering fikirkan.
Beliau membuat kajian untuk melihat sejauh mana pelajar universiti atau lebih layak digelar pemuda mengambil berat masalah berkaitan umat Islam.
Rumusan hasil kajian beliau mendapati, hampir keseluruhan pelajar-pelajar tersebut tidak memikirkan apa yang dikehendaki oleh beliau.
Kebanyakan pelajar-pelajar lebih memikirkan masalah pekerjaan, cinta, keseronokan, bola, filem, permainan komputer, dan macam-macam lagi.
Masalah ini bukan hanya di universiti beliau sahaja, malahan keseluruhan universiti yang majoriti pelajarnya pemuda dan pemudi Islam.
Beliau membuat kesimpulan terhadap punca-punca para pelajar (pemuda) tidak mengambil berat masalah ini, antaranya:


Tidak terlaksananya undang-undang Allah S.W.T di tempat-tempat majoriti penduduknya beragama Islam. Lebih berpegang dengan undang-undang manusia.
Tetapi masalah yang lebih utama sekali ialah, pemuda sekarang lebih memikirkan tentang diri sendiri daripada memikirkan masalah umat yang kian lemah.

Setelah melihat kepada kajian beliau, jelas kepada kita satu perkara yang amat di khuatirkan iaitu:

Hilangnya perasaan menyertai bersama umat Islam di kalangan pemuda. Masalah ini merupakan masalah yang amat dikhuatirkan ke atas umat Islam.

Ini memerlukan rawatan yang amat serius untuk menyembuhkannya. Umpama pesakit yang mengalami kesakitan yang kritikal dan memerlukan rawatan yang rapi untuk sembuh.
Timbul satu persolan: Mengapa generasi muda tidak mengambil berat tentang isu besar terhadap umat Islam?
Secara jelas jawapannya: Tidak jelas di kalangan pemuda tentang tujuan hidupnya. Pemuda tidak mengetahui kitaran kehidupan mereka dan nilai mereka di dunia.

Kitalah pemuda...
Hanya jasad dan tubuh sahaja yang dewasa akan tetapi akal dan pemikiran masih kebudak-budakan.

Adakah kita pemuda masih tidak luput dari melakukan perkara yang kebudak-budakan?
Tidakkah sama antara berfikir kebudak-budakan dengan umur budak-budak?
Ataupun, bukankah hakikat kebudak-budakan ialah kebudak-budakan pada pemikiran dan kefahaman?
Jawapannya ada pada kita. Taariflah kebudak-budakan sebagaimana kita mahu...
Sebagai akhirnya, hayatilah sebuah hikmah dipetik dari kitab AYYUHAL WALAD – Imam al-Ghazali:
"Hiduplah sebagaimana kamu mahu sesungguhnya kamu akan mati, cintalah siapa yang kamu mahu sesungguhnya kamu akan berpisah dengannya, dan buatlah sebaimana kamu mahu sesungguhnya kamu akan ditanggungjawabkan."

-Artikel Iluvislam.com

Monday, August 8, 2011

Sujud Sebelum Musnah


Di atas hamparan sejadah seusai solat Subuh. Aku duduk diam. Memikirkan sesuatu. Lantas, Allah halakan aku pada satu perkara.

"Jika alam dunia ibarat kandungan seorang wanita maka alam akhirat seperti alam dunia ini. Dunia ini adalah ibarat sebuah lubang kecil yang menghubungkan antara alam roh dengan alam akhirat. Alam dunia diapit oleh dua alam yang memiliki dimensi yang besar sekali yaitu alam roh dan alam akhirat. Alam roh adalah alam dimana kita pernah tinggal dan berjanji dan mengakui bahwa Allah S.W.T adalah tuhan semesta alam. Setelah kita dihadirkan oleh Allah S.W.T ke alam dunia, maka kebanyakan manusia lupa akan janjinya. Dunia adalah tempat persinggahan sementara yang sangat singkat waktunya. Dahulu Rasulullah S.A.W sering menasihatkan kepada para sahabatnya agar para sahabat senantiasa takut dan menangis akan kedahsyatan alam akhirat."


Memikirkan ayat 'Dunia ini adalah ibarat sebuah lubang kecil', Allah membuatkan aku berfikir daripada sekecil-kecil zarah molekul-molekul hinggalah sebesar alam ini sehingga galaksi, Bimasakti. Sesungguhnya Allah Maha Meliputi, Maha Besar. Jika kita lihat tempat kita berada sekarang sudah cukup besar. SANGAT BESAR. Bayangkanlah melihat pemandangan di bumi sahaja, kita melihat dimensi yang sangat besar tetapi hakikatnya:-
"Dunia ini adalah ibarat sebuah lubang kecil. Walau sebesar mana pun dunia ini, sebenarnya ia hanyalah lubang kecil di Akhirat."
Peringatan ini jelas dan nyata bahawa adanya hari kiamat. Namun, Iman dan taqwalah yang akan membukakan hati untuk menerima, hadam dan laksanakan apa yang patut. Terlalu banyak dalam diceritakan dalam al-Quran bagaimana orang kafir itu menafikan peringatan Rasulullah S.A.W yang membawa ajaran agama Islam, agama yang lurus dan benar. Satu-satunya agama yang lurus dan benar.
Namun orang kafir masih degil dan sombong untuk menyembah Allah yang hanya satu-satunya Tuhan di dunia. Sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Allah, dan hanya Allah lah yang layak disembah.
Sampai bila kau mahu leka dengan dunia? Sampai bila kau mahu menafikan perintah Allah dan mengabaikannya? Sampai bila kau mahu bergelumang dengan dosa? Sampai bila? Tidakkah kau terfikir yang kau akan mati suatu hari nanti? Bukankah telah jelas dan nyata Allah perintahkan kita taat pada-Nya dan meninggalkan larangan-Nya? Namun mengapa kau masih menafikan?

Islam itu mudah namun jangan pernah kau ambil mudah. Renunglah dan ingatlah bahawa dunia ini akan hancur suatu hari nanti, tatkala itu, pintu taubat sudah pun tertutup dan ketika itulah baru kau menyesali,
"Kalaulah aku ikut perintah-Nya di dunia dahulu, pasti aku tak menyesal pada ketika ini."
Sedangkan, ketika itu, semuanya sudah terlambat. Apa lagi yang boleh kau lakukan? Tiada. Tiada apa-apa melainkan menunggu azab dari-Nya. Sudah terlalu banyak nikmat yang Allah berikan padamu walaupun kau Islam yang kafir. Hanya Islam pada nama. Dia telahpun menunaikan hak kau, namun sudahkah kau menunaikan hak-Nya dengan taat pada-Nya? Jika belum, hari ini masih belum terlambat untuk kau kembali ke pangkal jalan.

Hari ini masih belum terlambat untuk kau bertaubat. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun. Takkan pernah ada istilah 'terlambat' melainkan berlaku hari Kiamat. Tatkala itu, pintu taubat sudah pun tertutup rapat untuk kau menjelajahinya kerana masa sudah diberikan semaksimanya namun kau yang tidak gunakan sebaiknya. Kita patut bersiap untuk Akhirat kelak."

Jangan kau manjakan dirimu dengan nafsu. Beruntunglah bagi orang yang menjadi tuan pada jasadnya. Jangan kau lupa, Kau itu ruh bukannya jasad. Nama dan jasad itu hanyalah sebagai perantara untuk Kau melaksanakan apa yang diperintahkan oleh-Nya kerana kau yang ada dalam jasadmu itulah (roh) yang akan menjawab soalan dalam kubur, kau itulah yang akan merasakan azab seksaan.
Seperti mana, kau yang akan rasa sakit saat jasad dilukakan. Jika tanganmu dicubit, bukan jasad yang merasakan, tetapi ruh yang merasakan kesakitan dan jasadlah yang menjadi perantara untuk kau merasa sakit ibarat ketika kau tidur, matamu terbuka, namun oleh sebab ruhmu tiada ketika itu, kau tidak akan dapat memandang. Bukan mata yang memandang tetapi jasad dan mata hanyalah perantara untuk kau dapat memandang.

Kembalilah. Kembalilah ke pangkal jalan. Jangan kau ikutkan perasaan, jangan kau terlalu ikutkan nafsu. Jadilah tuan pada nafsumu bukan sebaliknya.

"Jangan direnung perjuangan yang perit, pahit dan sukar tetapi renungilah kenikmatan kedamaian yang kau akan capai di Akhirat setelah kau bersusah payah untuknya. Janji Allah itu pasti, sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji."

Seperti kau bersiap untuk berbuka puasa, pastinya ada segala makanan dan minuman yang terhidang di depan mata. Tatkala azan berkumandang, kau akan rasa senang dan gembira kerana dapat berbuka dengan hidangan yang enak dan sedap-sedap. Seperti itu jugalah kau harus persiapkan diri untuk Akhirat kelak. Jika sekarang kau berjuang, pasti kau akan rasa senang dan gembira di Akhirat kelak. Jadikanlah Ramadhan kali ini ibarat Ramadhan yang terakhir bagimu dan berjuanglah untuk dunia berehat, Akhirat.


-Artikel Iluvislam.com

Friday, August 5, 2011

Indahnya Ramadhan

Indahnya Ramadhan


Kalau ku tahu, indahnya Ramadhan, tidak aku sia-siakannya. Ramadhan kali ini menyedarkan aku tentang indahnya berpuasa, indahnya solat sunat Terawih, indahnya taddarus al-Quran, indahnya bersedekah.
Saban malam ku berkunjung di surau berdekatan untuk solat Insya' seterusnya solat sunat Terawih berjemaah. Keindahannya tidak terucap dengan kata-kata.
Solat sunat Terawih empat (4) rakaat diikuti tazkirah oleh ustaz jemputan kemudian empat (4) rakaat lagi diikuti dengan solat sunat Witir tiga (3) rakaat. Jumlah keseluruhan 11 rakaat, begitulah saban tahun aktiviti di surau berdekatan rumahku. Setiap hari ada ustaz jemputan yang akan menyampaikan tazkirah.

" Sesungguhnya telah hadir bulan Ramadhan, bulan berkat, Allah telah mewajibkan ke atas kamu berpuasa, dibukakan pintu-pintu Syurga, ditutup rapat pintu Neraka dan ditambat para Syaitan, Di bulan ini terdapat satu malam yang terbaik dari seribu bulan. Sesiapa yang tidak berusaha mendapatkan kebaikan-kebaikannya sesungguhnya dia rugi. "
(Hadis Riwayat Ahmad dan an-Nisai)
Dan puasa itu merupakan perisai, maka janganlah seseorang yang berpuasa itu berkata keji dan meninggikan suara atau mencaci maki. Dan seandainya dicaci oleh seseorang atau diajaknya berkelahi hendaklah dijawabnya: "saya ini berpuasa, saya ini berpuasa!" (Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan an-Nisa'i)

Secara tidak langsung, amalan dipertingkatkan pahala digandakan, ilmu juga ku perolehi. Alhamdulillah, ALLAH masih memberiku kesempatan untuk sama-sama meraikan bulan yang penuh keberkatan ini dengan pengisian amalan dan ilmu.

" Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan memberi manfaat kepada orang-orang  yang beriman."
(Surah Azzariyat: 57)
"Demi masa, sesungguhnya manusia benar-benar berada di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati dengan kebenaran dan nasihat menasihati dengan kesabaran."
(Surah al-Asr: 1-3)

Sepuluh hari permulaan puasa ku mengharapkan rahmat dari ALLAH, sepuluh hari mendatang ku mengharapkan maghfirah dan sepuluh hari di penghujungnya ku mengharapkan kebebasan dari api Neraka.

Ramadhan,
Jika dulu aku sia-siakan kedatanganmu,
Kini aku menghargai kedatanganmu,
Setiap harimu, tak ku biarkan ia berlalu begitu sahaja,
Biarpun walau sedetik,
Ku alunkan irama merdu kitab Kalamullah,
Bait-bait indah ku hayati satu persatu,
Helaian demi helaian,
Terasa damainya hati,
Tatkala irama merdu itu berkumandang.

Ramadhan,

Jika dulu aku sia-siakan pemergianmu,
Kini pemergianmu ku tangisi,
Aku rindukan saat-saat indah bersamamu ya Ramadhan,
Aku rindukan solat sunat Terawih,
Aku rindukan taddarus al-Quran,
Aku rindukan malam Lailatul Qadar
Aku rindukan siang dan malammu ya Ramadhan,
Rindu siangmu untuk berpuasa,
Rindu malammu untuk berterawih,
Rindu siang dan malammu untuk menggandakan pahala.

Ramadhan,

Andai aku diberi peluang,
Melayari hari-harimu yang mendatang,
Tidak akan aku persiakan,
Akan ku penuhi hari-harimu,
Dengan amalan yang berlipat kali ganda.
Insya-Allah.

"Puasa Itu Sebahagian Daripada Kesabaran."

-Artikel iluvislam.com